BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SEJARAH SEKOLAH

Dari 1930 – 1944

Pada tahun 1930, wujudlah Ladang Johor Labis berhampiran pekan Chaah di Johor . Ladang ini terdiri daripada 8 bahagian iaitu Bahagian 1,2,3,4,5, Claire 1, Claire 2 dan Bahagian Kilang.

Pada tahun 1933 sebuah sekolah Tamil ditubuhkan di Bahagian 2 di bawa pimpinan En. Arunasalam dengan murid sebanyak 15 orang.Seterusnya sebuah Sekolah Tamil dimulakan di bawah pimpinan En. S. Ramasamy Iyer di Bahagian 3 dengan murid sebanyak 22 orang dan seorang penolong bernama En.Perumal .En. Kadir Moiden juga menubuhkan sebuah sekolah di Bahagian 4 dengan murid seramai 20 orang. Seterusnya tertubuhlah sekolah – sekolah di Bahagian 5, Claire 1 dan Claire 2.

Dari 1959 - 1962

En.N.Ezekial telah dilantik sebagai Guru Besar untuk 8 Bahagian di Ladang Johor Labis.

Dari 1963 – 1969

Pada masa ini sekolah – sekolah dari 8 bahagian itu dibahagikan kepada 2 bahagian dan dinamakan sebagai SJRK(T) Ladang Johor Labis 1, dan SJRK(T) Ladang Johor Labis 2 . Sekolah 1 terdiri bahagian 1,2,3, Claire 1 dan Claire 2.Manakala Sekolah 2 terdiri dari bahagian 4,5, dan kilang. En.N Ezekeil telah dilantik sebagai Guru Besar untuk sekolah 1 dan En.K. Solomon untuk sekolah 2.Pada masa itu terdapat 360 murid dan 20 orang guru di bawah pimpinan En.N. Ezekeil dan di bawah pimpinan En.K.Solomon terdapat 375 orang murid dan 21 orang guru.
Pada masa itulah bekas PST En.A.V.Arunasalam dan penolongnya En R.J. Magesan bercadang untuk mencantumkan kedua – dua sekolah itu.

Dari 1970 – 1979

EN. N. EZEKEIL digantikan oleh En .R Sithambaram.En.GKR Chandran telah dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah bagi kedua – dua sekolah itu. En.R. Sithambaram dengan kerjasama oleh En Eng Nam Sik PPN,PIS, En M.K. Muthusamy AMN, Ahli MIC, PIPG dan Menteri Pendidikan telah mengambil satu keputusan untuk membina sebuah sekolah cantuman di pekan Chaah. Pengurus Ladang Johor Labis bersetuju menderma 8 ekar tanah untuk membina sekolah itu.
Pada tahun 1976 En. K. Solomon digantikan En V.Asirvatham sebagai Guru Besar sekolah 2. Pada 1978 En.R. Sithambaram Guru Besar Sekolah 1 dilantik sebagai penyelia di PPD Kluang. Dengan itu tempat beliau digantikan oleh En. Mohamad Baharudin.
Pada masa itu Sekolah Cantuman telah di bina.Sekolah 1 menjalankan tugas mereka pada sesi pagi sekolah 2 pada sesi petang.Pada tahun 1980 dengan usaha PIBG dua buah sekolah telah menjadi sebuah sekolah Cantuman.

Dari 1980 – 28.2.1984

En.S.Ramasamy PIS telah dilantik sebagai Guru Besar SJK(T) Cantuman Chaah. Pada masa itu seramai 650 murid denagan seramai 28 orang guru berada di sekolah itu. Pada 29.5.1983 sekolah itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor iaitu YB Datuk Abdul Aziz DPMJ, BSI. Pada 1.1.1982 sekolah ini dipilih sebagai sekolah percubaan bagi KBSR.
Pada 1.1.1984 sekolah ini digredkan sebagai sekolah gred A.Dari 1.3.1984 hingga 30.11.1984 En L.Velumani dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini.En.S. Ramasamy menjalankan tugas sebagai GPK 1 dan dilantik semula sebagai Guru Besar 1.12.1984 hingga 11.7.1992.
1.8.1992 hingga 1.1.1994 En. V. Balan menjadi Guru Besar sekolah ini.

Dari 1.7.1994 hingga 6.2.1998 En.R.Vellasamy menjadi Guru Besar sekolah ini.Pada tahun 1992 bermulalah Pra Sekolah di sekolah ini.Pada masa itu juga 6 buah kelas telah dibina. Semasa En.R Vellasamy berkhidmat sebagai Guru Besar sekolah ini dengan usaha beliau 1 bangunan baru bertingkat tiga telah dibina.
Pada 1.4.1998 En. M.Soosai telah dilantik sebagai Guru Besar SJK(T) Cantuman Chaah. Pada masa tersebut pencapaian dalam akademik,keceriaan dan fizikal telah meningkat . Bangunan baru yang bertingkat tiga telah mula digunakan mulai tahun 1999. Pada tahun 2000 bermulalah kelas Pendidikan Khas di sekolah ini. Pada 11.8.2004
En M. Soosai telah bersara dan pada 18.8.2004 En. G. Manoharan PIS menjadi Guru Besar sekolah ini. Pada masa beliau sebuah lagi kelas Pra Sekolah lagi telah ditambah. Kini, Sekolah ini lengkap dengan segala kemudahan.

SENARAI NAMA GURU BESAR.

1993 EN. ARUNASALAM BAHAGIAN 2
EN. S.RAMASAMY IYER BAHAGIAN 3
EN. KADIR MOIDEN BAHAGIAN 4

NAMA TERSEBUT DI BAWAH INI TELAH MENJAWAT GURU BERTANGGUNGJAWAB

EN. P.V JAMES BAHAGIAN 2
EN.N.EZEKEIL BAHAGIAN 3
EN.K.SOLOMON BAHAGIAN 5
EN.P.KUMARASAMY CLAIRE 1
EN.K.MUTHUSAMY CLAIRE 2

1959 – 1962 EN.N.EZEKEIL LDG.JOHOR LABIS
1963 – 1969 EN.N.EZELEIL LDG.JOHOR LABIS 1
1963 – 1976 EN.K.SOLOMON LDG.JOHOR LABIS 2
1970 – 1978 EN.R.SITHAMBARAM PIS LDG.JOHOR LABIS 1
1077 – 1979 EN.V.ASSIRVATHAM LDG.JOHOR LABIS 2
1979 EN.MOHD. BAHARUDIN LDG.JOHOR LABIS 1
1980 – 1984 EN.S.RAMASAMY PIS CANTUMAN CHAAH
1.3.84 – 31.11.84 EN.L.VELUMAIL CANTUMAN CHAAH
1.12.84 – 11.7.92 EN.S.RAMASAMY CANTUMAN CHAAH
1.8.92 – 1.1.94 EN.V.BALAN PIS CANTUMAN CHAAH
2.1.94 – 30.6.94 EN.P.SUBRAMONEY ( Guru Bertanggungjawab )
1.7.94 – 6.2.98 EN.R.VELLASAMY CANTUMAN CHAAH
1.4.98 – 17.8.04 EN.M.SOOSAI CANTUMAN CHAAH
18.8.04 – KINI EN.G.MANOHARAN PIS CANTUMAN CHAAH

Wednesday, October 14, 2009

Bengkel Penghasilan Klip Video Sekolah

Pada 29 dan 30 September yang lalu, FS sekolah telah dihantar untuk mengikuti Bengkel Penghasilan Klip Video Sekolah bagi menggantikan Guru Media yang sedang bercuti sakit. Semasa bengkel tersebut semua peserta diberi tugasan untuk membuat apa sahaja klip video sebagai tugasan terakhir sebelum menamatkan bengkel tersebut. Kesemua peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang peserta. Semasa membuat tugasan tersebut bermacam-macam kaedah telah dipelajari untuk menggunakan perisian yang diberi semasa bengkel tersebut. Setelah siap kesemua kumpulan dikehendaki untuk menayangkan hasil kerja mereka kepada peserta-peserta lain. Kesemua kumpulan dapat menyiapkan video yang dikehendaki dan pelbagai komen dan nasihat telah diberikan daripada tenaga-tenaga pengajar semasa bengkel tersebut. Berikut adalah hasil kerja FS dari sekolah ini.




Program Selepas UPSR - Kelas ICT

Bersempena dengan peperiksaan UPSR yang telah lalu, pihak sekolah telah mencadangkan untuk mengadakan Kelas ICT kepada pelajar-pelajar tahun 6 dan telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti dalam Program Selapas UPSR. Kelas ICT yang diadakan setiap hari itu bermula pada jam 10.45-11.45 pagi untuk pelajar Tahun 6 Kambar dan 12.00-1.00 petang untuk pelajar Tahun 6 Valluvar. Semasa kelas ICT tersebut pelajar-pelajar di ajar cara-cara menggunakan dan mengendalikan perisian MS Office 2003. Bermula dengan MS Office Word sehingga MS Office Publisher. Kelas ICT telah ditangguhkan sementara untuk memberi laluan kepada perayaan Deepavali dan akan disambung semula selepas itu dengan jadualnya juga turut diubah berikutan masalah-masalah yang timbul. Selepas cuti perayaan Deepavali, kelas ICT akan diadakan pada waktu petang setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Waktu kelas ialah dari jam 2.30-4.30 petang. Kelas juga dipecahkan kepada 2kumpulan iaitu pelajar tahun 6 Kambar akan mengikuti kelas pada hari Isnin dan Selasa manakala pelajar tahun 6 Valluvar akan mengikuti kelas pada hari Khamis dan Jumaat.

Sunday, August 2, 2009

IN-HOUSE TRAINING

Pada 31 Julai 2009 satu kursus in-house telah diadakan kepada para guru SJK(T) Cantuman Chaah bertempat di makmal komputer sekolah...
kehadiran guru adalah seramai 25 orang...tetapi disebabkan ketiadaan sambungan internet maka kursus terpaksa diadakan secara offline dimana semuanya diajar dengan menggunakan print screen yang telah dibuat sebelum itu...
masalah ketiadaan sambungan bukanlah berpunca daripada pihak sekolah tetapi dari pihak kontraktor yang memasang sambungan internet ke sekolah...laporan telah dibuat selepas itu dan diharap agar pada masa akan datang masalah seperti itu tidak akan berlaku lagi turutamanya ketika sedang mengadakan kursus-kursus berkaitan ICT yang dapat mengganggu kelancaran program...
segala kesulitan pada masa itu matlah dikesali oleh pihak fasilitator dan ingin memohon maaf kepada para guru diatas kekurangan kemudahan pada masa tersebut...