Bersempena dengan peperiksaan UPSR yang telah lalu, pihak sekolah telah mencadangkan untuk mengadakan Kelas ICT kepada pelajar-pelajar tahun 6 dan telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti dalam Program Selapas UPSR. Kelas ICT yang diadakan setiap hari itu bermula pada jam 10.45-11.45 pagi untuk pelajar Tahun 6 Kambar dan 12.00-1.00 petang untuk pelajar Tahun 6 Valluvar. Semasa kelas ICT tersebut pelajar-pelajar di ajar cara-cara menggunakan dan mengendalikan perisian MS Office 2003. Bermula dengan MS Office Word sehingga MS Office Publisher. Kelas ICT telah ditangguhkan sementara untuk memberi laluan kepada perayaan Deepavali dan akan disambung semula selepas itu dengan jadualnya juga turut diubah berikutan masalah-masalah yang timbul. Selepas cuti perayaan Deepavali, kelas ICT akan diadakan pada waktu petang setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Waktu kelas ialah dari jam 2.30-4.30 petang. Kelas juga dipecahkan kepada 2kumpulan iaitu pelajar tahun 6 Kambar akan mengikuti kelas pada hari Isnin dan Selasa manakala pelajar tahun 6 Valluvar akan mengikuti kelas pada hari Khamis dan Jumaat.
Wednesday, October 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment